PERKARA YANG MENYEBABKAN MATI DLM KAFIR
Diriwayatkan anak murid kpd ulamak terkenal iaitu Fudail b. Iayad iaitu Tilmis, telah sakit ia dan menziariahi ia oleh gurunya iaitu Fudail.Lalu membaca gurunya surah Yaasin sampai setengah jalan maka Tilmis menyuruh gurunya berhentil membacanya, maka gurunya pun berhenti membaca dan mengajar pula gurunya kalimah "LAAILLAHAIILALLAH" maka Tilmis berkata tak perlu mengajar ia kalimah Tauhid itu sebab ia tak berpegang kpd Allah, maka matilah Tilmis dlm keadaan Kafir. Maka sedihlah gurunya dgn menangis dan mengurung diri dlm rumahnya selama 40 hari sehinggalah satu hari ia bermimpi melihat Malaikat mengheret Tilmis ke Neraka, lalu ia pun bertanya kpd Tilmis, kenapakah sedemikian rupa jadinya kpd diri beliau. Lalu Tilmis pun menjawab bahawa dia telah melakukan 3 perkara yg mana telah menyebabkan Allah mencabut makrifah drp dirinya iaitu:
1. Mengadu domba/ mengupat/ menghasut iaitu ia telah mengata-gata tentang keburukkan gurunya kpd sahabat dan org ramai.
2. Hasad dengki
3. Apabila ia sakit ia telah pergi berjumpa dgn Tabib dan berpegang dgn kata-kata tabib itu dan ia tidak berpegang dgn Allah yg memberi penyakit dan menyembuhkan penyakit. Tabib itu telah menyuruhnya meminun arak sebanyak 1 mangkuk setiap tahun utk menghilang penyakitnya.